Masa

1 Jam 15 minit

Jumlah hidangan

10

Jumlah bahan

12

Masakan Negeri

-

Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy

Resepi Kek Marble Gebu dan Super Fluffy ni lembut sangat tau..yang tak suka makan kek pun boleh cakap sedap. Mek (Mak) Wani pun suka makan kek ni, masa mek datang hari tu Wani buat 2 biji kek ni sekejap je licin makan ramai-ramai sekali dengan adik beradik yang dekat sini ada datang berkumpul..ada hari tu 5 minit dah licin..hihi.. bawak pegi rumah jiran pun sama..πŸ˜… Kata adik ipar Wani dengan loghat Kelantan “sedak do’oh kek ni rasa nak jerit bulih makan”..hahaha..πŸ˜‚

Nasib baik la mudah je resepi kek ni..sekejap je buat, boleh masukkan semua bahan sekali terus, sukatan cawan je. Berbaloi sangat buat kek ni saiz besar, puas makan..tapi selalunya tak pernah cukup jugak..hihi πŸ˜… Wani makan sorang pun sebiji tak sampai sehari habis licin.. Cuba lah buat, Insyaallah jadi.. kalau nak rasa premium! guna la pure butter.. hehe Sebarang pertanyaan boleh tanya kat komen ye..Tq πŸ€—

Resepi Kek Marble Gebu (Super Soft and Fluffy Marble Butter Cake)

Bahan-bahan:

  • 1 cawan butter cair@majerin cair (masukkan nanti siap mix dan kacau sebati)
  • 6 biji telur gred B (kalau boleh guna telur baru, kalau kita pecahkan tu telur kuning tak pecah)
  • 3/4 cawan gula kastor (dekat nak sampai 1 cawan)
  • 1/2 sudu kecil KFC garam halus vaccum
  • 1/2 cawan susu cair @ santan pekat (Wani guna susu cair dairy champ je)
  • 1 sudu kecil butter vanila atau creamy vanilla atau esen vanilla pun boleh (wani guna butter vanilla)
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1/2 cawan susu tepung full cream (letak susu anak pun boleh..πŸ˜…)
  • 2 cawan tepung gandum

Bahan untuk corak marble:

  • 1 senduk adunan kek
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil emolco coklat

Cara penyediaannya:

  • Masukkan semua bahan dalam bekas mix, kcuali majerin cair
  • Mula-mula mix slow 1 minit (no.2) bagi sebati dulu, lepas tu Wani mix laju 3 minit (no.4@5) sampai gebu (bergantung pada mixer masing-masing ye lama mana nak jadi gebu tu). Bila tengok adunan dah gebu gebas berubah warna cerah makin putih sikit tu ok la boleh stop..
  • Masukkan majerin cair, dan kacau sehingga sebati (kaup balik je dengan sodik kayu) (Tips: Pastikan majerin cair tu suam-suam sikit, suam macam bancuh susu kat baby je.. Untuk nak hasilkan texture kek yang lembab kita makan tu tak rasa nak tercekikπŸ˜†)
  • Ceduk 1 senduk adunan kek letak dalam mangkuk, masukkan serbuk koko dan emolco coklat. Kacau sehingga sebati, ok siap adunan coklat untuk corak marble
  • Tuangkan adunan dalam loyang saiz 9″ atau saiz 10″ yang dah siap letak majerin, nak tinggi cantik guna loyang saiz 9″
  • Tompok-tompokkan adunan coklat kat bahagian atas kek, guna lidi buat gerakan S lalu kat semua bahagian tompok-tompok coklat tu untuk hasilkan corak marble
  • Tips: Wani taburkan tepung gandum sikit-sikit kat loyang masa lepas letak majerin tu untuk memudahkan kita keluarkan kek dari loyang, kalau nak guna baking paper pun boleh. Biasa Wani buat macam ni masa baking paper habis je)
  • Bakar pada suhu 165Β°C~170Β°C selama 55 minit, panaskan oven selama 5 minit baru masukkan kek. ( biasanya suhu ni kena ikut oven masing-masing, oven wani saiz kecil comel je..πŸ˜†)
  • Bila kek dah masak, cepat-cepat terbalikkan diatas redai oven yang dialas dengan baking paper atau disapu majerin. Wani ketuk-ketuk sikit loyang tu, terus boleh angkat loyang dengan senang je kalau guna tips Wani tadi (cantik je kek keluar dari loyang), kemudian selepas 5 minit wani terbalikkan semula diatas papan kek.
  • Siap untuk dihidangkan..Selamat mencuba..πŸ€—